Saturday, May 7, 2011

KEK VELVET

bahan2

2 1/2 cup tepung kek atau tepung gandum
2 sb serbuk koko tanpa pemanis ( diayak bersama tepung )
2 sb pewarna merah dan 1 sudu besar pewarna pink
1/2 cup butter ( 120 gm )
11/2 cup gula
2 biji telur pada suhu bilik
2 sudu kecil esen vanilla
1 cup freshmilk ( dibancuh bersama 1 sb lemon jus atau cuka ) saya guna lemon jus dan susu tepung nespray di bancuh dengan air...jadikan satu cup..
Biarkan 5 10 minit...kacau rata sebelum mengunakkannya
1 sk cuka putih
1 sk baking powder


caranya...
1. Pukul butter dengan gula hingga kembang.
2. Masukkan telur 1 persatu-satu dan masukkan esen vanilla
3. Masukkan tepung berselang seli dengan susu tadi...jangan lupa pastikan sentiasa di ratakan dengan spatula di mana2 bahagian yg tak kena..pukul rata dan sebati.
4. Masukkan pewarna merah dan pink tadi.
5. Bancuh baking powder dengan cuka...kacau rata dan biarkan berbuih...bila berbuih cepat2 masukkan kedalam adunan tadi dan kacau rata ..
6. Terus bakar pada api 170C selama 20 ke 30 minit atau sehingga masak..boleh di test dengan lidi yg bersih untuk memastikan masak atau tidak ...
7 Rehatkan 10 minit sebelum keluarkan dari loyang.
8. Pastikan kek betul2 sejuk baru frosting..

* FROSTING SAYA CUMA GUNA CREAM CHEESE DAN WHIPPING CREAM.

CARANYA: PUKUL CREAM CHEESE DENGAN GULA HINGGA LEMBUT SEBATI..KEMUDIAN MASUKKAN WHIPPING CREAM...PUKUL SEBATI...JANGAN TERLALU LAMA...SAPUKAN PADA KEK YANG TELAH SEJUK...DAN SEJUKKAN SEMULA SELAMA 4 JAM...BARU DIPOTONG..

No comments:

Post a Comment