Saturday, May 7, 2011

APAM MARBLE

Bahan-bahan ( 1 family )

* 300g tepung superfine-ayak
* 220g gula kastor-kisar halus
* 3 biji telur gred A
* 1/2 sb ovallet
* 250ml susu cair
* sedikit pewarna (pilihan)

Cara-cara

1. Panaskan air dlm kukusan,siapkan acuan apam.
2. Menggunakan pemukul elektrik,pukul telur,gula,ovallet sehingga kembang dan pekat selama 7 minit pada kelajuan sedang.
3. Masukkan tepung berselang seli dg susu cair,sambil digaul rata guna spatula.Bahagi kpd 3 bahagian & warnakan.
4. Sudukan ke dlm acuan secara berselang seli hingga paras penuh.
5. Kukus dg api sederhana kuat selama 15-20 minit.(lapik tudung periuk dg tuala/kain bersih dan jgn buka tudung periuk selama mengukus apam).

BINGKA LABU

Bahan-bahan :

1 kg labu
150 g gula pasir
80 g butter
180 g santan pekat

200 g tepung

Cara :

1. Rebus labu dengan sedikit air dicampur sedikit garam hingga empuk, toskan.

2. Lecek labu yang telah direbus tadi bersama butter dan gula ketika masih panas.

3. Masukkan santan, kacau dan kemudian masukkan tepung,

4. Lenserkan loyang. Tuang adunan ke dalam loyang ...bakar

FRESH ORANGE CAKE

Bahan-bahan ( loyang 9 inc )
* 1 bji buah oren
* 1 cawan minyak
* 2 cawan gula halus > hasue guna 1 cawan aje
* 3 biji telur
* 2 cawan tepung gandum*
* 1 sb baking powder* ( *diayak bersama )
Aku tambah sedikit oren emulco dan essence

Cara-cara
1. Cuci buah oren,potong dan buang biji dan urat putih di tengah2. Potong lagi buah oren kecil2 bersama kulitnya sekali.Masukkan kedalam blender bersama,minyak,gula dan telur dan kisar hingga halus.
2 Tuang bahan yang dikisar kedalam mangkuk dan masukkan campuran tepung sedikit2 sambil dikacau sebati.
3. Tuangkan adunan kedalam loyang yg beralas dan gris.
4. Bakar pd suhu 170C selama 40 min hingga 1 jam atau hingga masak.

KEK COKLAT MOIST

1½ cawan tepung gandum
1 cawan serbuk koko
1 sudu teh garam halus
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh baking powder
(Campurkan semua bahan diatas dan ayak 3 kali)
1 cawan minyak jagung
1 ½ cawan gula halus
1 cawan susu cair
2 biji telur
1 cawan air panas mendidih

Cara-cara :-
1. Panaskan ketuhar pada suhu 180 darjah.
2. Gaulkan minyak jagung dengan gula sehingga sebati.
3. Masukkan telur dan gaul lagi hingga sebati. Masukkan susu cair dan kacau rata.
4. Masukkan tepung yang telah diayak tadi sedikit demi sedikit dan gaul hingga
sebati.
5. Campurkan air panas mendidih dan gaul lagi hingga sebati.
6. Tuang pada tin pembakar yang telah disapu minyak jagung. Bakar sehingga masak. Untuk
pastikan kek masak ialah dengan cara cucukkan lidi penguji. Bila lidi keluar bersih bermakna
kek dah masak.
7. Sejukkan dan hiaskan dengan coklat topping.

P/S : Tidak boleh menggunakan mixer. Apabila menggaul hendaklah gaul semua bahan dalam satu putaran sahaja. Kek harus dibakar sebaik sahaja sesudah mencampurkan air panas ke dalam adunan.

Brownies

bahan2nya:
90gm butter(saya guna 45gm butter)
130gm gula halus(65gm)
2 biji telur(1 biji)
100gm tpg gandum(50gm)
1 sudu kecil baking powder(1/2 sudu kecil)
2 sudu bsr serbuk koko(1 sudu bsr)

Chocolate Mousse
bahan2nya:
140gm coklat masakan(70gm)
1 sudu besar gelatin(1 sudu kecil)
100ml air(50ml)
2 biji putih telur(1 biji)
200gm whipping cream(100gm)
40gm gula halus(20gm)

cara2nya:
1.Penyediaan Brownies...pukul butter dgn gula hingga kembang/putih.
2.Kemudian masukkan telur..pukul lg dlm 3-4 minit.
3.Ayak tepung,baking powder dan serbuk koko kedlm no.2 td..kacau rata.
4.Masukkan adunan kedlm loyang..kemudian bakar dgn suhu 190c selama 12-15minit.
5.Bila dah masak,keluarkan dari oven dan biarkan sejuk.

6.Penyediaan Mousse...masukkan gelatin kedlm bks yg mengandungi 100ml air.Biarkan dlm 5minit.Jgn masukkan gelatin dlu baru air..ini akan menyebabkan gelatin berketul2 dan x larut sepenuhnya.
7.Cairkan coklat masakan dgn kaedah double bowl.
8.Bila coklat dah cair,pdmkan api dan masukkan gelatin tadi kedlm coklat cair...kacau sehingga gelatin dan coklat sebati...biarkan sejuk.
9.Pukul putih telur sehingga kembang atau bertanduk(jika diterbalikkan bowl,telur x jatuh).Sambil pukul telur masukkan gula sedikit demi sedikit.
10.Dalam mangkuk lain pukul whipping cream sehingga jd bentuk krim.
11.Masukkan no.10 dan no.7 kedlm no.9.Kacau perlahan-lahan sehingga sebati.Tuangkan adunan ini kedlm loyang brownies.Simpan dlm peti sejuk sehingga mousse keras dan boleh dipotong dan dihidangkan.

DONUT

-400g tepung gandum(200g)
-1peket yis(1/2 peket)
-2 1/2 sudu mkn susu pekat(1sudu mkn)
-1 sudu mkn marjerin/butter(1/2 sudu butter)
-garam secubit
-baking powder 2 cubit(1 cubit)
-segelas air suam(1 cwn je)

cara:
-yis dicampur lam air suam..biar 5minit
-tepung,susu,garam,baking powder,butter di ramas lam satu bekas..
-masukkn yis td..tuang sedikit2..sambil gaul rata..
-uli hgga doh lembut..kalo perlu tambah air @tepung ikut kelembutan doh
-terapkn donut...biarkn 10minit..
-dah bole goreng..cpt dan mudah.
bahan2

(A)

2 sudu besar gula ( utk buat gula hangus )
caranya tabur dlm loyang dan masakkan atas api pelahan ..biarkan hingga gula hancur dan berwarna keperangan/coklat)-- jgn smpi hangiittt lakk...tak sedap

(B)

1/2 tin susu cair
70 gm gula castor
1/2 sudu teh essen vanilla
3 biji kuning telur

** kalau nak karamel tebal...susu 3/4 dan tambah 2 biji telur

(C)

140gm tepung gandum
70gm gula castor
3 biji kuning telur
135ml air biasa
1 sudu teh baking powder
45ml minyak masak ( saya pakai BUTTER)

(D) Meringue

6 biji telur putih
70gm gula castor
1 sudu teh krim of tartar

Caranya

Kacau bahan B pelahan-lahan jangan sampai berbuih ...nanti karamel tak jadi...

Masukkan bahan B dalam loyang gula hangus tadi.

Pukulkan bahan C

Pukul bahan D hingga kembang,putih,likat bila terbalikkan dia takkan jatuh...tapi jangan terlalu lama nanti akan cair semula ( agak2 10 minit

Campurkan bahan D dalam bahan C sedikit demi sedikit...cara kaup balik...hingga sebati...

Warnakan kepada berberapa bahagian....kaler ikut suka yee..

Susunankan mengikut kaler kedalam loyang tadi...kalau nak kaler belang2...massukkan satu persatu warna...tindih menindih..tapi jangan smpi tertutup warna yg pertama dan seterusnya...mulakan dari tengah loyang..

Bakar cara double boiled...( loyang adunan didalam loyang berisi air panas sebanyak 1/3 aje...)

Bakar selama 1 jam...40 minit pertama api bawah...dan 20 minit akhir api atas bawah...

Bila dah masak rehatkan 10 minit baru diterbalikan...

Sejukkan...dalam peti ais baru makan ye...