Saturday, May 7, 2011

ASAM PEDAS IKAN PARI

Bahan-bahan :

A.1/2 kg ikan parik atau ikan lain atau ayam pun boleh
B. 15 tangkai cili kering
6 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1/2 inci lengkuas
1/2 inci kunyit hidup
C. 1/2 sudu teh halba
sedikit air asam jawa
2 keping asam gelugur
Sedikit daun kesum dan bunga kantan
garam dan serbuk perasa
Minyak untuk menumis
Cara:

1. Blend semua bahan B.
2. Panaskan minyak, tumis semua bahan B yang telah di blend tadi. Masukkan halba dan biar hingga naik baunya dan garing sedikit.
3. Masukkan air asam jawa dan asam gelugur, biar mendidih. Masukkan pula air agak2 untuk kuahnya, biarkan mendidih.
4. Masukkan ikan, daun kesum, bunga kantan, garam dan serbuk perasa.
5. Biarkan mendidih lagi... padamkan api dan sedia untuk dihidangkan...

p/s : boleh tambahkan sayur bendi, buah tomato ataupun terung..
Jika buat asam pedas daging cuma tambahkan sedikit lada hitam dan sedikit
kerisik.

No comments:

Post a Comment