Tuesday, August 10, 2010

Apa pandangan anda tentang padi?

Terdapat pelbagai perspektif berbeza tentang padi. Bagi orang kampung yang sudah akan menyatakan padi adalah sumber rezeki dan makanan, kontraktor menganggap padi adalah perniagaan, orang muda menyatakan padi itu adalah nasi yang boleh diperolehi dimana-mana , manakala kanak-kanak mengangkap padi itu tempat bermain dan ada juga menganggap ia tempat yang menakutkan (terbayang pacat, ular, nyamuk, miang dan sebagai nya).

Dulu, kini dan selamanya....
rakyat Malaysia masih bergantung kepada padi/beras sebagai makanan ruji. Hampir setiap hari kita akan mengambil nasi sebagai sumber tenaga yang utama. Tanpa nasi hidup kita tidak lengkap, kosong dan kacau. Bolehkah kita bayangkan jika kita tanpa nasi? Ketika kawasan sawah padi telah dimajukan dengan pertanian lain yang lebih menguntungkan seperti kelapa sawit atau getah? Atau mungkin dimajukan sebagai tempat perumahan atau bandar baru?Berapa kawasan padi yang berkurangan ? Berapa keluasan padi yang tinggal sekarang?Ya, inilah epik permulaan yang sedang berlaku. Kejadian yang hampir serupa kini, juga dapat kita lihat kesannya dimana ladang tebu untuk pemprosesan gula telah ditukar menjadi ladang kelapa sawit dan juga getah secara berperingkat. Kilang gula banyak ditutup. Tiada lagi pengeluaran gula secara besar-besaran. Harga gula naik secara mendadak. Rakyat berebut-rebut mencari gula. Stok gula juga kekurangan. Bekalan gula amat sukar diperolehi. Rakyat mengeluh, peniaga mengeluh.Air dikedai juga kurang manis, dan ada juga yang tawar.  Kepuasan sudah hilang. Nikmat juga sudah hilang.Kemanisan hidup sedang dirampas. Jiwa kosong. Bukan kah gula mudah diperolehi?Bayangkan lah jika ia berlaku pada beras? Apa pandangan anda?

-to be cont- xsiap lg actually :P tp belasah jew la

No comments:

Post a Comment