Saturday, May 7, 2011

Brownies

bahan2nya:
90gm butter(saya guna 45gm butter)
130gm gula halus(65gm)
2 biji telur(1 biji)
100gm tpg gandum(50gm)
1 sudu kecil baking powder(1/2 sudu kecil)
2 sudu bsr serbuk koko(1 sudu bsr)

Chocolate Mousse
bahan2nya:
140gm coklat masakan(70gm)
1 sudu besar gelatin(1 sudu kecil)
100ml air(50ml)
2 biji putih telur(1 biji)
200gm whipping cream(100gm)
40gm gula halus(20gm)

cara2nya:
1.Penyediaan Brownies...pukul butter dgn gula hingga kembang/putih.
2.Kemudian masukkan telur..pukul lg dlm 3-4 minit.
3.Ayak tepung,baking powder dan serbuk koko kedlm no.2 td..kacau rata.
4.Masukkan adunan kedlm loyang..kemudian bakar dgn suhu 190c selama 12-15minit.
5.Bila dah masak,keluarkan dari oven dan biarkan sejuk.

6.Penyediaan Mousse...masukkan gelatin kedlm bks yg mengandungi 100ml air.Biarkan dlm 5minit.Jgn masukkan gelatin dlu baru air..ini akan menyebabkan gelatin berketul2 dan x larut sepenuhnya.
7.Cairkan coklat masakan dgn kaedah double bowl.
8.Bila coklat dah cair,pdmkan api dan masukkan gelatin tadi kedlm coklat cair...kacau sehingga gelatin dan coklat sebati...biarkan sejuk.
9.Pukul putih telur sehingga kembang atau bertanduk(jika diterbalikkan bowl,telur x jatuh).Sambil pukul telur masukkan gula sedikit demi sedikit.
10.Dalam mangkuk lain pukul whipping cream sehingga jd bentuk krim.
11.Masukkan no.10 dan no.7 kedlm no.9.Kacau perlahan-lahan sehingga sebati.Tuangkan adunan ini kedlm loyang brownies.Simpan dlm peti sejuk sehingga mousse keras dan boleh dipotong dan dihidangkan.

No comments:

Post a Comment